Posts

Showing posts from June, 2020

Ada Peluang Dalam Setiap Komplen/Masalah

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. Salam sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Semuga kita sama2 dilindung Allah sentiasa. 2. Hari ini izinkan kami (AJK Bertindak) sentuh sedikit mengenai tajuk di atas: Ada Peluang Dalam Setiap Komplen/Masalah.  3. Tulisan ini tertumpu kepada komplen mengenai tahap penyelenggaraan "chambers" kumbahah yang terletak di laluan masuk di ground floor di setiap blok pangsapuri Rajawali, dan kami cuba menelusuri apakah peluang yg ada. 4. Komplen ialah rungutan, aduan, rasa tidak puas hati terhadap sesuatu tahap penyelenggaraan yg di beri oleh pihak penguasa bangunan terhadap unit yang mengalami masalah. 5. Contohnya, A mempunyai 1 unit di tingkat bawah di salah satu blok di Pangsapuri Jalan Rajawali. A mengalami limpahan air kumbahan yg memasukki unitnya. A membuat aduan rasmi kepada pihak penguasa bangunan. Inilah contoh aduan atau komplen. 6. Setelah membuat aduan rasmi, pihak penguasa bangunan mend