Posts

Showing posts from July, 2019

Hazardous Material di Blok 8: Tuan punya izin lupuskan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian. Dua hari lepas, ketika berplogging di salah sebuah unit di Blok 8 Pangsapuri Jalan Rajawali Seksyen 6, anggota AJK Bertindak telah menjumpai sebuah tong drum tidak berpenutup dan kandungannya terdedah. Drum tersebut berisi 3/4 penuh minyak pelincir motor (motor lubricating oil) berjenama Total. Carian di google mengklasifikasikan minyak pelincir ini  sebagai hazardous materials dan berbahaya kepada penduduk dan persekitaran jika pencemaran berlaku. Drum tersebut juga membawa label syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd. Syarikat berkenaan telah dihubungi bagi mengenalpasti kaitan syarikat dengan drum ini dan kemungkinan terkait jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. 2 orang pegawai Jalur Cahaya, Encik Mohd Akhir dan Encik Zulkarnain, menjelaskan label tersebut adalah bagi kenderaan mereka yang terlibat dengan projek Syabas di tempat lain.

Kebersihan Pangsapuri Rajawali: Dulu Mustahil, Hari Ini Kenyataan.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله الرحيم dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian. Hampir 2 tahun, sejak mengambil alih tanggungjawab pengurusan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan dari pihak pemaju, 3 tempat di kawasan Pangsapuri Rajawali Seksyen 6, dijadikan tempat longgokan sampah kebun dan sampah pukal oleh pekerja PPN 12156 (aka JMB).  Pekerja itu memberitahu melonggok sampah di situ atas kebenaran PPN 12156 .  Tempat tempat itu adalah seperti berikut: (1) kawasan sebelah kiri Blok 5,  (2) kawasan tanah di sebelah kiri Blok 8, dan  (3) kawasan di bawah pokok di belakang Blok 3. Mengikut pemerhatian kami, kawasan kawasan ini kotor berlonggok sampah sarap purata hampir 25 hari dalam sebulan. Keadan demikian sungguh menganggu pemandangan residen. Selasa 16 Julai, 2019 genap sebulan kawasan di sebelah kiri Blok 5 dan kawasan di sebelah kiri Blok 8 bebas sampah.  Manakala di Blok 3, semalam adalah h

Benarkah anda mencintai Allah?

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian. Allah mencintai orang banyak bertaubat dan mensucikan diri. Begitulah firman Allah dalam Al Quran seperti berikut: Surah Al-Baqara, Ayat 222:  إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. Dalam bahasa mudah, Allah ajak kita jadi orang yang banyak menginsafi kesilapan dan jadi orang pembersih. Selain itu Allah jadikan manusia sebaik-baik kejadian seperti firmannya: Surah At-Tin, Ayat 4: لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Jom selami sedikit sifat anda dalam hidup seharian. Ini adalah gambar tilam buruk lagi kotor yang dibuang residen di tangga hujung Blok 3 (bers

Berita Bergambar "Plogging" Bersama Residen Komuniti Rajawali.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Hari ini membuka lembaran baru dalam dairi Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali bila seramai 25 orang residen menyertai gerak kerja "Plogging bersama Residen". Syabas kepada semua residen yang hadir menjayakan gerak kerja yang bermula pada jam 9.00 pagi. Gambar peserta yang turut serta gerak kerja "Plogging Bersama Residen Komuniti Rajawali.", berkumpul di Blok 4 sebelum memulakan plogging. Beramah mesera dengan peserta plogging. Kehadiran mantan AJK Perbadanan Pengurusan PPN 12156 sessi 2017/2018, Puan Hajjah Nyatom (Mak Tom) memberi suntikan semangat kepada para peserta plogging. Terima kasih banyak banyak Puan Hajjah Nyatom kerana hadir memberi sokongan moral. Peserta berplogging sekitar Blok 3 Persekitaran Blok 3 semakin bersih. Mudah mudah

Hidup biar memberi manfaat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Pada 30 Jun, 2019 AJK Bertindak Komuniti Rajawali telah ber"plogging" di Blok 3 dan kami telah dapati beberapa bungkusan berisi botol plastik dilonggok dihadapan sebuah rumah di blok berkenaan. Pada 4 Julai, bungkusan botol plastik bertambah seperti dalam gambar di bawah. Pada awalnya kami berfikir bahawa botol-botol tersebut diletak di situ sementara hendak dihantar ke pusat kitaran semula. Jadi, kami berilah "benefit of doubt". Pagi ini, 13 Julai, 2019, sekali lagi kami rakam gambar dan kami dapati bilangan bungkusan makin bertambah dari sebelumnya. Apa pun, pagi tadi kami sudah "clearkan" sampah berkenaan semasa program ber"plogging" bersama residen Komuniti Rajawali. Terima kasih banyak-banyak kepada seluruh peserta yang mengambil bahagian. Persoalan yang timbul di minda kami: (1) Apakah reside

Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Kita ada 3 entiti yg terlibat dalam sistem penyampaian di Komuniti Rajawali iaitu: (1) JK Bertindak Komuniti Rajawali (yang bernaung di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 6, Shah Alam) yang menjaga kepenting penduduk dan masyarakat. (2) PPN 12156 (aka JMB) yang menjaga kepentingan pemilik rumah Pangsapuri Rajawali. (3) MBSA yang memberi perkhidmatan kutipan sampah domestik secara berjadual. Ketiga-tiga entiti ini mempunyai anggota dan setiap anggota mempunyai gelagat dan nilai masing-masing. Bagi setiap entiti gelagat dan nilai anggota entiti itu secara kolektif membentuk gelagat dan nilai entiti mereka. Lama kelamaan, gelagat dan nilai berkenaan menjadi budaya sesebuah entiti. Gaya kepimpinan banyak mempengaruhi budaya sesebuah entiti. Gambarajah berikut memaparkan bagaimana pemimpin boleh mempengaruhi budaya entiti mereka sekaligus memberi impak terhadap prestasi e

Kawasan Gerai Di Blok 5 Depan Sekolah Sudah Bersih

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Berikut adalah 2 wajah persekitaran gerai gerai di Blok 5 Pangsapuri Rajawali yang berhadapan dengan sekolah sebelum dan selepas gerak kerja "plogging" oleh AJK Bertindak Komuniti Rajawali pada sebelah pagi 10 Julai, 2019. Sebelum Plogging Selepas Plogging Lihatlah betapa nyamannya mata memandang bila kawasan gerai gerai itu bersih. Kita harapkan residen berhampiran Blok 5 dan peniaga-peniaga warung dapat terus menjaga kebersihan tempat itu. Syabas kepada AJK Bertindak Komuniti Rajawali yang konsisten dgn aktiviti "plogging" setiap pagi. Semuga Allah rahmati kerja kalian. Disamping ber"plogging" setiap pagi oleh AJK yang berkelapangan, AJK Bertindak juga sedang mengatur kempen menjaga kebersihan dengan mendekati ibu bapa yg menghantar dan mengambil anak-anak mereka pergi/balik sekolah agar dapat menasihati anak

Jaringan JK Bertindak Komuniti Rajawali

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Di bawah ini adalah tangkap layar (screenshots) dari whatsApp Grup Pembersihan Seksyen 6. Kalian akan dapat kesan bahawa sekitar pukul 1.25 ptg. 9 Julai, 2019, seorang AJK Bertindak menerima maklumbalas mengenai sekeping cermin yang dibuang di pangkal sebuah pokok di hujung blok 5 bersetentang dengan sekolah. Seterusnya perkara ini dilaporkan melalui Grup WhatsApp Pembersihan Kawasan Seksyen 6 untuk tindakan pegawai MBSA yang turut serta dalam grup tersebut.  Tindakan diambil segera kerana dikhuatiri ada murid yang cedera. Sekitar pukul 3.35 ptg, pihak MBSA memaklumkan kaca kaca cermin tersebut telah di "clear" kan. Terima kasih banyak banyak kepada pegawai yg menjaga dan team. Jutaan terima kasih juga dengan sikap perihatin Puan Najihah Aris dari Blok 4, Pangsapuri Rajawali yg menghubungi Encik Ismail Hamid, selaku Pengerusi JK Bertindak Komuniti Rajawa

Menjawab Sanggahan Mengenai Tempat Buang Sampah di Blok 3, Pangsapuri Rajawali.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikumussalam wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Pangsapuri Rajawali. Diatas ini ialah hantaran (posting) salah seorang penduduk di Blok 3, Pangsapuri Rajawali yang mempersoalkan kenapa tempat yang dibenarkan oleh PPN12156 (aka JMB) untuk buang sampah pukal disita Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali. Katanya, PPN12156 (JMB) yang suruh kumpul sampah kering dan besar di situ supaya senang lori nak angkut. Kalau sita tempat ini, nanti orang mula buang ditangga. Memang benar, itulah tempat yang PPN12156 (JMB) benarkan untuk longgok sampah pukal. Sejak Disember 2017 lagi  tempat ini penuh dengan sampah pukal  kira-kira 25 hari dalam sebulan. Tak sampai pun 5 hari tempat ini bebas sampah. Ertinya hampir 85% dalam sebulan tempat itu dipenuhi sampah. Sekali fikir, memang nampak tetatur pengurusan sampah di situ seperti dibenarkan PPN12156. Jom, kita tengok semula mengenai tanggungjawsb PPN12156 menurut Akta 757 dan

Peranan Persatuan Penduduk, PPN12156 dan MBSA

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada residen Komuniti Rajawali sekalian. Ramai residen Pangsapuri PKNS Seksyen 6 tidak tahu bahawa Persatuan Penduduk telah wujud sejak tahun 80an lagi. Persatuan inilah yang memperjuangkan isu-isu pemilik rumah dan kemasyarakatan dengan badan-badan kerajaan seperti MBSA, PKNS dan badan-badan kerajaan yang lain. Amanah ini kini dipikul oleh ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Seksyen 6, Shah Alam (PPS6SA). Bagi Komuniti Rajawali, tanggungjawab ini digalas oleh Encik Ismail Abd Hamid selaku AJK PPS6SA mewakili Zon Pangsapuri Rajawali. Beliau telah dilantik semula dalam mesyuarat agong PPS6SA pada akhir April, 2019 baru-baru ini. Sejak tahun 80an lagi, PKNS bertanggungjawab tentang pengurusan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan pangsapuri yang PKNS bina. Perkhidmatan PKNS adalah sebagai "service provider" kepada pemilik/penyewa pangsapuri. Tugas "service provider" ini telah

Rayuan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikumsalam wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh warga Komuniti Rajawali. Saya, Ismail Bin Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seksyen 6, Shah Alam (PPS6SA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali, dengan rendah hati merayu sokongan semua residen demi menjayakan gerak kerja "plogging" di seluruh persekitaran Komuniti Rajawali. "Plogging" bermaksud mengutip sampah yg dibuang merata-rata sambil berjogging atau berjalan. Ia suatu riadah dan bermanfaat untuk kesihatan dalam jangka waktu yang panjang disamping menjaga kebersihan persekitaran.  Gambar Blok 7 Sisi Belakang  Gambar Blok 4 Sisi Depan Kanan Gerak kerja ini bertujuan menjadikan Komuniti Rajawali BERSIH, INDAH dan SEJAHTERA dan semua residen Komuniti Rajawali adalah sangat-sangat di alu-alukan menyertai gerak karja ini. Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali ingin mengajak seluruh residen yang berkelapangan untuk bersama

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Khamis 4 Julai, 2019 semasa kami ber'plogging' sekitar blok 4 dan 3 pada pukul 10.30 pagi, saya bertembung dengan Tuan Haji Esmail Malek, Pengerusi Perbadanan Pengurusan PPN12156. Kami saling bersalaman dan bertanya khabar. Saya bertanyakan tentang surat yang saya telah hantar pada 21 Jun, 2019 dan susulan panggilan telefon. Beliau memaklumkan beliau perlu sedikit masa lagi kerana kesihatannya yang sedikit terganggu. Semuga Allah kurniakan beliau kesihatan. Saya juga memaklumkan tentang penubuhan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali yang bernaung di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 6 (PPS6SA) dan matlamat penubuhannya. Jawatankuasa Bertindak ini dipimpin oleh Encik Ismail Hamid, seorang AJK PPS6SA bagi Zon Komuniti Rajawali. Gerak kerja seperti "plogging" sudah pun di mulakan. Kami berbual berhampiran lokasi yang dulunya penuh sampah pukal dan sampah dibuang merata-rata. Beliau menyaksika

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Khamis 4 Julai, 2019 semasa kami ber'plogging' sekitar blok 4 dan 3 pada pukul 10.30 pagi, saya bertembung dengan Tuan Haji Esmail Malek, Pengerusi Perbadanan Pengurusan PPN12156. Kami saling bersalaman dan bertanya khabar. Saya bertanyakan tentang surat yang saya telah hantar pada 21 Jun, 2019 dan susulan panggilan telefon. Beliau memaklumkan beliau perlu sedikit masa lagi kerana kesihatannya yang sedikit terganggu. Semuga Allah kurniakan beliau kesihatan. Saya juga memaklumkan tentang penubuhan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali yang bernaung di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 6 (PPS6SA) dan matlamat penubuhannya. Jawatankuasa Bertindak ini dipimpin oleh Encik Ismail Hamid, seorang AJK PPS6SA bagi Zon Komuniti Rajawali. Gerak kerja seperti "plogging" sudah pun di mulakan. Kami berbual berhampiran lokasi yang dulunya penuh sampah pukal dan sampah dibuang merata-rata. Beliau menyaksika