Ada Peluang Dalam Setiap Komplen/Masalah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1. Salam sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Semuga kita sama2 dilindung Allah sentiasa.

2. Hari ini izinkan kami (AJK Bertindak) sentuh sedikit mengenai tajuk di atas: Ada Peluang Dalam Setiap Komplen/Masalah. 

3. Tulisan ini tertumpu kepada komplen mengenai tahap penyelenggaraan "chambers" kumbahah yang terletak di laluan masuk di ground floor di setiap blok pangsapuri Rajawali, dan kami cuba menelusuri apakah peluang yg ada.

4. Komplen ialah rungutan, aduan, rasa tidak puas hati terhadap sesuatu tahap penyelenggaraan yg di beri oleh pihak penguasa bangunan terhadap unit yang mengalami masalah.

5. Contohnya, A mempunyai 1 unit di tingkat bawah di salah satu blok di Pangsapuri Jalan Rajawali. A mengalami limpahan air kumbahan yg memasukki unitnya. A membuat aduan rasmi kepada pihak penguasa bangunan. Inilah contoh aduan atau komplen.

6. Setelah membuat aduan rasmi, pihak penguasa bangunan mendapati A ada caj yg tertunggak, dan perkhimatan tidaklah dapat dilakukan oleh mereka.

7. Walaupun di beri pilihan oleh penguasa bangunan, berdasarkan maklumbalas yang biasa kami dapat dari residen, mereka yg mengalami masalah seperti ini, terpaksa mengupah sendiri kontraktor untuk membersihkan sumbatan pada sistem kumbahan berkenaan. Harga biasa bagi kerja seumpama ini ialah sekitar RM220 (harga IWK).

8. Jadi, di mana wujudnya peluang itu?

9. Peluang kepada penguasa bangunan:

(a) meminta A, membayar semua caj tertangguh,

(b) jika A tidak mampu, meminta A membayar sejumlah wang bersamaan dengan upah/harga yang dikenakan oleh kontraktor (misalnya RM220 - IWK),

(c) jika (b) dipilih, penguasa bangunan perlulah mengkreditkan bayaran itu ke dalam akaun A yang tersimpan dalam sistem perakaunan penguasa bangunan dan mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembayaran sebahagian caj yang tertunggak.

(d) setelah (b), (c) selesai, komplen/aduan tersebut diselesaikan segera oleh penguasa bangunan, kerana itu sememang tanggungjawab penguasa bangunan.

(e) semua langkah2 di atas adalah penyelesaian "win-win"

10. Apa signifikannya peluang yg disebut di atas tadi?

11. Signifikan kepada penguasa bangunan:

(a) penguasa bangunan dapat mengutip sebahagian caj yang tertunggak, dari A.

(b) penguasa bangunan dapat meningkatkan peratusan kutipan setiap kali menerima komplen atau aduan,

(c) penguasa bangunan dapat memperbaiki kedudukan "cashflow",

(d) penguasa membina persepsi mesera pelanggan di mata A.

(d) pengalaman A jadi testimoni positif terhadap perkhidmatan yang diberi oleh penguasa bangunan. Ini cukup powerful.

12. Signifikan Kepada A:

(a) A tetap dapat perkhidmatan penyelenggaraan dari penguasa bangunan setelah membayar sebahagian caj untuk cover kerja pembersihan tersebut,

(b) A berasa lega kerana dapat mengurangkan caj tunggakan yang dia ada, mengikut kemampuannya,

(c) A akan mempunyai "good impression" terhadap penguasa bangunan kerana telah menawarkan penyelesaian "win-win".

Peluang sentiasa ada di mana2, Tepulang pada kita utk memanfaatkannya.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.