Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt
dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali.

Kita ada 3 entiti yg terlibat dalam sistem penyampaian di Komuniti Rajawali iaitu:

(1) JK Bertindak Komuniti Rajawali (yang bernaung di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 6, Shah Alam) yang menjaga kepenting penduduk dan masyarakat.

(2) PPN 12156 (aka JMB) yang menjaga kepentingan pemilik rumah Pangsapuri Rajawali.

(3) MBSA yang memberi perkhidmatan kutipan sampah domestik secara berjadual.

Ketiga-tiga entiti ini mempunyai anggota dan setiap anggota mempunyai gelagat dan nilai masing-masing.

Bagi setiap entiti gelagat dan nilai anggota entiti itu secara kolektif membentuk gelagat dan nilai entiti mereka.

Lama kelamaan, gelagat dan nilai berkenaan menjadi budaya sesebuah entiti. Gaya kepimpinan banyak mempengaruhi budaya sesebuah entiti.

Gambarajah berikut memaparkan bagaimana pemimpin boleh mempengaruhi budaya entiti mereka sekaligus memberi impak terhadap prestasi entiti mereka.



(i) Melalui apa pemimpin buat:
  • contoh atau teladan yang pemimpin tunjukkan,
  • anggota yang mereka lantik/pilih.

(ii) Melalui apa pemimpin kata:
  • dasar pengurusan, kod etika dsb.

(iii) Melalui apa entiti/organisasi lakukan:
  • latihan tentang etika, pembentukan jawatankuasa etika dsb.

Ringkasnya, apa yg pemimpin BUAT (Do), TUNJUK (Display) melalui gelagatnya dan SAMPAIKAN (Deliver) boleh sahaja mempengaruhi gelagat dan nilai anggota-anggota yang mereka pimpin sekaligus mempengaruhi prestasi entiti berkenaan.

Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali menyedari tentang perkara ini dan impaknya keatas gelagat dan nilai anggota pasukannya serta residen.

JK Bertindak berikrar akan melakukan sesuatu yg terbaik demi mencapai matlamat menjadikan Komuniti Rajawali sebuah komuniti yang INDAH, BERSIH dan SEJAHTERA.

Sekian.

Wasallam.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.