Hazardous Material di Blok 8: Tuan punya izin lupuskan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian.

Dua hari lepas, ketika berplogging di salah sebuah unit di Blok 8 Pangsapuri Jalan Rajawali Seksyen 6, anggota AJK Bertindak telah menjumpai sebuah tong drum tidak berpenutup dan kandungannya terdedah. Drum tersebut berisi 3/4 penuh minyak pelincir motor (motor lubricating oil) berjenama Total.



Carian di google mengklasifikasikan minyak pelincir ini  sebagai hazardous materials dan berbahaya kepada penduduk dan persekitaran jika pencemaran berlaku.


Drum tersebut juga membawa label syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd. Syarikat berkenaan telah dihubungi bagi mengenalpasti kaitan syarikat dengan drum ini dan kemungkinan terkait jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

2 orang pegawai Jalur Cahaya, Encik Mohd Akhir dan Encik Zulkarnain, menjelaskan label tersebut adalah bagi kenderaan mereka yang terlibat dengan projek Syabas di tempat lain. Mereka telah lupuskan label-label tersebut. Label pada drum mungkin dibawa keluar tanpa pengetahuan mereka. Label tersebut telah ditanggalkan.


Sebelum itu, JK Bertindak telah menghubungi Pejabat Bomba Shah Alam, Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pelupusan drum berkenaan.

Dengan bantuan Puan Hajjah Nyatom dari Blok 8, JK Bertindak telah mengenalpasti pemilik tong drum tersebut dan pemilik telah mengizinkan drum tersebut dilupuskan.


Alhamdulillah, JK Bertindak kini sedang menguruskan proses terakhir pelupusan bahan berkenaan. Mudah-mudahan pelupusan bahan berkenaan dapat dilakukan tanpa sebarang halangan.

Tindakan akan disegerakan demi keselamatan nyawa dan hartabenda residen, lebih-lebih lagi bila status insurans berkelompok untuk seluruh bangunan Pangsapuri Rajawali tidak dapat  dipastikan.

Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada Encik Azmi, Puan Hajjah Nyatom dan Puan In dari Blok 8, Encik Mohd Akhir dan Encik Zulkarnain dari Syarikat Jalur Cahaya, teman-teman JK Bertindak serta residen lain yang terlibat dalam usaha melupuskan bahan berbahaya (hazardous materials) ini.

KITA MUDAHKAN URUSAN RESIDEN, ALLAH MUDAHKAN URUSAN KITA, IN SYA ALLAH.

Wasallam.






Comments

Popular posts from this blog

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.