Benarkah anda mencintai Allah?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian.

Allah mencintai orang banyak bertaubat dan mensucikan diri. Begitulah firman Allah dalam Al Quran seperti berikut:

Surah Al-Baqara, Ayat 222:

 إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Dalam bahasa mudah, Allah ajak kita jadi orang yang banyak menginsafi kesilapan dan jadi orang pembersih.

Selain itu Allah jadikan manusia sebaik-baik kejadian seperti firmannya:

Surah At-Tin, Ayat 4:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Jom selami sedikit sifat anda dalam hidup seharian.

Ini adalah gambar tilam buruk lagi kotor yang dibuang residen di tangga hujung Blok 3 (bersempadan dengan kuarters polis) yang kami rakam pada 13 Julai, 2019.




Allah beri akal untuk anda bezakan perkara baik dengan perkara buruk. Tapi, anda pilih perkara buruk dengan membuang tilam buruk sesuka hati.

Allah ajak anda supaya bersifat pembersih pada diri, pakaian dan tempat tinggal. Tapi anda pilih untuk buat kotor di tempat tinggal.

Allah beri akal untk anda berfikir dan akur perintahNya. Tapi anda pilih untuk ingkar perintahNya.

Benarkah orang seperti ini mencintai Allah sedang Allah mencintai kebersihan?

Mari kita renung-renungkan ini pula.

Allah beri akal.:

(1) masa beli tilam, anda bungkus, ikat dan bawa balik dengan kenderaan, sebab anda impikan tidur enak dan lena di tilam empuk.

(2) tapi anda tidak gunakan akal, malah gunakan perasaan semasa membuang tilam sesuka hati. Anda menolak cinta Allah yang suka kebersihan. Anda memilih mengotori kawasan rumah dan menyakiti hati jiran-jiran.

Sebenarnya anda boleh saja gulong, bungkus, ikat baik-baik, bawa dengan kenderaan ke tempat buangan sampah di 7E atau di pasar seksyen 6.

Tapi anda pilih ingkar kepada Allah dengan tidak berfikir perkara baik dan ingkar perintah Allah dengan bersifat pengotor.

Benarkah anda hidup untuk mencari reda Allah?

Bukankah anda berbohong ketika berdoa iftitah sedangkan anda tidak mensyukuri nikmat akal dan ingkar suruhan menjaga kebersihan?

Atau memang kalian memilih untuk engkar perintah Allah?

Benarkah kalian mencintai Allah?

Sekian.

Wasallam.

Comments

Popular posts from this blog

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.