Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali
Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Seperti kalian maklum mengenai penubuhan Jawatanakuasa Bertindak Komuniti Rajawali melalui blog posting beberapa hari lalu, berikut adalah sedikit pencerahan mengenai penubuhan tersebut.
Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali adalah satu badan yang bernaung di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 6, Shah Alam (PPS6SA) yang dipengerusi oleh Tuan Syed Muzafar Shah. PPS6SA berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Encik Ismail Hamid, seorang residen Pangsapuri Rajawali, telah dilantik sebagai AJK PPS6SA dalam Mesyuarat Agung PPS6SA yang telah diadakan pada akhir bulan April, 2019. Beliau diamanahkan perkara-perkara-perkara kemasyarakatan dalam Komuniti Rajawali.
Sehubungan dengan itu, sebuah Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan dan seramai 10 orang residen telah bersetuju dilantik sebagai ahli jawatankuasa demi merangka program kemasyarakatan dan kelancaran perjalanan gerak kerja yang diatur.
Matlamat Jawatankuasa Bertindak ialah untuk menjadikan Komuniti Rajawali sebuah kediaman yang bersih, indah dan sejahtera.
Jawatankuasa Bertindak ini sudah pun memulakan gerak kerja awal berfokus kepada aktivi 'plogging' (kutipan sampah yg bersepah merata-rata) di persekitaran Komuniti Rajawali mulai 16 Jun 2019.
Jawatankuasa telah menyusun beberapa program kemasyarakatan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.
Dengan ini juga, Jawatankuasa Bertindak mengajak seluruh residen bersama-sama menjayakan program-program ini.
Semuga tertubuhnya Jawatankuasa Bertindak ini berjaya mentransformasikan Komuniti Rajawali menjadi sebuah komuniti yang BERSIH, INDAH DAN SEJAHTETA.
AYOH BERSAMA-SAMA KITA BOLEH LAKUKANNYA.
Wasallam.


Comments
Post a Comment