Kebersihan Pangsapuri Rajawali: Dulu Mustahil, Hari Ini Kenyataan.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله الرحيم

dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian.

Hampir 2 tahun, sejak mengambil alih tanggungjawab pengurusan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan dari pihak pemaju, 3 tempat di kawasan Pangsapuri Rajawali Seksyen 6, dijadikan tempat longgokan sampah kebun dan sampah pukal oleh pekerja PPN 12156 (aka JMB). 

Pekerja itu memberitahu melonggok sampah di situ atas kebenaran PPN 12156 . 

Tempat tempat itu adalah seperti berikut:

(1) kawasan sebelah kiri Blok 5, 
(2) kawasan tanah di sebelah kiri Blok 8, dan 
(3) kawasan di bawah pokok di belakang Blok 3.

Mengikut pemerhatian kami, kawasan kawasan ini kotor berlonggok sampah sarap purata hampir 25 hari dalam sebulan. Keadan demikian sungguh menganggu pemandangan residen.

Selasa 16 Julai, 2019 genap sebulan kawasan di sebelah kiri Blok 5 dan kawasan di sebelah kiri Blok 8 bebas sampah. 

Manakala di Blok 3, semalam adalah hari yang ke 17 tempat itu bebas sampah.

Gerakan membersihkah kawasan kawasan ini bermula dengan residen di Blok 5 dan 7 memasang tali pita merah melarang pembuangan dan longgokan sampah di kedua dua kawasan ini. 

Syabas kepada semua residen yang menzahirkan perasaan cinta kepada persekitaran bersih. Ia memberi signal khusus kepada JK Bertindak untuk menterjemah kepada gerak kerja yang tersusun sebagai sokongan kepada residen yang cintakan kebersihan.

Natijah dari gerakan residen, kami papar seperti gambar gambar berikut:

Gambar 1 adalah kawasan di Blok 5 - sebelum dan selepas.


Gambar 1 - Blok 5

Gambar 2 adalah transformasi kawasan di hujung Blok 8 - sebelum dan selepas

Gambar 2 - Blok 8

Gambar 3 menunjukkan perubahan kawasan di belakang Blok 3 yang mulai bebas sampah sejak 30 Jun, 2019. Kelihatan dalam gambar adalah AJK Bertindak sedang membersihkan dan memasang pita sita di kawasan itu.

Gambar 3 - Blok 3

Gambar gambar diatas membuktikan bahawa apa yang dahulunya difikirkan mustahi dapat dilakukan dengan kerjasama penuh oleh seluruh residen Komuniti Rajawali.

Beberapa bulan sebelum gerakan ini bermula (16 Jun, 2019), teguran telah pun dibangkitkan melalui grup whatsApp Komuniti Rajawali (di mana staf dan ajk PPN 12156  juga berada di dalamnya).

Sekurang kurangnya 4 pendekatan perlu bagi pengurusan sampah yang berkesan:

(1) Pungutan sampah berjadual sangat perlu dan jadual perlu diumumkan supaya residen dapat merancang bila hendak membuang perabut lama mereka.

(2) Pekerja yang membersih sampah tidak melonggok sampah kebun dsb terlalu berhampiran kawasan pangsapuri. Kalau pekerja yang memulakan dahulu, apa yang ditunjukkan gambarajah ini akan berlaku.



(3) Mengeluarkan surat pekeliling kepada seluruh residen di Komuniti Rajawali merayu mereka memberi kerjasama untuk tidak mempuang sampah merata - rata.

(4) Melibatkan wakil wakil blok untuk dapatkan feedback mengenai tahap sistem penyampaian mereka melalui resident-joint-council meeting.

Kami tidak tahu bagaimana idea idea itu mereka cerap.  Tapi banyak sungguh bukti bukti cemuhan, sindiran, perlekehan, hinaan dsb yang kami simpan dan rujuk sebagai feeddback dan pengajaran (juga bukti jika diperlukan).

Dan kini, sebahagian idea idea inilah yang kami gerakkan. Dengan sokongan oleh residen yang cintakan persekitaran BERSIH, INDAH dan SEJAHTERA, gerak kerja dimulakan dan kini natijahnya sudah mulai menunjukkan sesuatu yang cukup visible dan real. 

Apa yang dahulunya disangka mustahil, kini terbukti boleh dilakukan dan hasilnya real!

Syabas kepada residen yang bersama AJK Bertindak berplogging. 

Kepada seluruh residen yang menyokong secara langsung dan tidak langsung gerak kerja yang sedang dilakukan oleh JK Bertindak Komuniti Rajawali, kami ucapkan jutaan terima kasih.

AYOH! BERSAMA KITA TRANFORMASIKAN KOMUNITI RAJAWALI MENJADI KOMUNITI BERSIH, INDAH dan SEJAHTERA.

Wasallam.

Comments

Popular posts from this blog

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.