Berita Bergambar "Plogging" Bersama Residen Komuniti Rajawali.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali.

Hari ini membuka lembaran baru dalam dairi Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali bila seramai 25 orang residen menyertai gerak kerja "Plogging bersama Residen".

Syabas kepada semua residen yang hadir menjayakan gerak kerja yang bermula pada jam 9.00 pagi.



Gambar peserta yang turut serta gerak kerja "Plogging Bersama Residen Komuniti Rajawali.", berkumpul di Blok 4 sebelum memulakan plogging.





Beramah mesera dengan peserta plogging.







Kehadiran mantan AJK Perbadanan Pengurusan PPN 12156 sessi 2017/2018, Puan Hajjah Nyatom (Mak Tom) memberi suntikan semangat kepada para peserta plogging. Terima kasih banyak banyak Puan Hajjah Nyatom kerana hadir memberi sokongan moral.







Peserta berplogging sekitar Blok 3


Persekitaran Blok 3 semakin bersih. Mudah mudahan kekal bebas sampah persekitaran ini.




Plogging di Blok 5 berhampiran rumah En Azmi.


Kehadiran SU MPP Zon 1, En. Pali bukan sahaja memberi suntikan semangat bahkan merupakan satu pengiktirafan kepada penubuhan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali yang berhasrat menjadikan Komuniti Rajawali sebuah komuniti Bersih, Indah dan Sejahtera.




Kemuncak gerak kerja Plogging Bersama Residen ialah penyerahan 2 gelung tape SITA dengan logo MBSA yang diserahkan oleh SU MPP Zon1, En Pali.

Ia mengesahkan terjalinnyaa jaringan antara JK Bertindak Komuniti Rajawali - MPP Zon 1 - MBSA sekaligus memberi kuasa JK Bertindak menyita kawasan yang sering dicerobohi dengan sampah dan kotoran.


Akhir kata, terima kasih banyak banyak kepada SU MPP Zon 1, seluruh AJK Bertindak dan semua peserta yang turut hadir menjayakakan gerak kerja ini. Tanpa kalian gerak kerja ini tidak semeriah ini.

Terima kasih daun keladi, bulan hadapan kita berplogging lagi.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.