Menjawab Sanggahan Mengenai Tempat Buang Sampah di Blok 3, Pangsapuri Rajawali.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikumussalam wbt
dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Pangsapuri Rajawali.
Diatas ini ialah hantaran (posting) salah seorang penduduk di Blok 3, Pangsapuri Rajawali yang mempersoalkan kenapa tempat yang dibenarkan oleh PPN12156 (aka JMB) untuk buang sampah pukal disita Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali.
Katanya, PPN12156 (JMB) yang suruh kumpul sampah kering dan besar di situ supaya senang lori nak angkut. Kalau sita tempat ini, nanti orang mula buang ditangga.
Memang benar, itulah tempat yang PPN12156 (JMB) benarkan untuk longgok sampah pukal. Sejak Disember 2017 lagi tempat ini penuh dengan sampah pukal kira-kira 25 hari dalam sebulan. Tak sampai pun 5 hari tempat ini bebas sampah. Ertinya hampir 85% dalam sebulan tempat itu dipenuhi sampah.
Sekali fikir, memang nampak tetatur pengurusan sampah di situ seperti dibenarkan PPN12156.
Jom, kita tengok semula mengenai tanggungjawsb PPN12156 menurut Akta 757 dan apakah dasar pengurusan yg diamalkan itu menepati Seksyen 59 Akta 757.
Kewajipan dan kuasa perbadanan pengurusan
59. (1) Kewajipan perbadanan pengurusan adalah seperti yang berikut:
(a) untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;
Jadi, isunya bukanlah dasar membenarkan sampah kering dan besar dibenarkan di situ menyenangkan penduduk buang sampah dan memudahkan sampah berkenaan mudah diangkut, tetapi kriteria keberkesanan dasar pengurusan sampah diukur samada PPN 12156 menepati kehendak Seksyen 59(1) Akta 757 seperti berikut:
(i) PPN 12156 (aka JMB) wajib menyelenggara dan menguruskan dengan sepatutnya.
Sudah tentu membiarkan tempat itu sentiasa dikotori dengan sampah selama 25 hari dalam sebulan adalah sesuatu yang tidak patut berlaku.
(ii) PPN 12156 (JMB) wajib menjaganya (bangunan, tanah dan harta bersama) dalam keadaan baik.
Jika tempat itu sentiasa penuh dengan sampah besar yang boleh mendedahkan kepada serangan makhluk perosak seperti lipas dan tikus, sudah tentulah bermakna pengurusan sampah tersebut gagal menepati kriteria ini.
Maka berdasarkan penelitian bahawa:
(i) tempat tersebut terlalu hampir dengan unit-unut bawah Blok 3, dan longgokan itu adalah risiko kepada kesihatan penduduk khususnya yang tinggal di unit-unit bawah Blok 3;
(ii) tempat itu menjadi tempat pembiakan tikus dan lipas serta lain-lain makhluk perosak.
maka, Ahli Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawaji atas budi-bicaranya sendiri memutuskan untuk membersihkan tempat itu seterusnya menyita dari diguna semula sebagai tempat membuang sampah.
Tindakan tersebut diambil berdasarkan bahawa kemudaratan dan risiko dari longgokan sampah di situ jauh lebih besar dari kemasylahatan yang dinikmati penduduk-penduduk Blok 3, khususnya mereka yang menghuni di tingkat bawah.
Semuga penduduk-penduduk di Blok 3 dapat memahami situasi ini dan terus menyokong kempen kebersihan yang di bawa oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali.
Sekian.
Wasallam.

Comments
Post a Comment