Pengurusan Sampah: Jangan Sampai Salah Hantar Mesej Kepada Warga Komuniti.
Manusia ni pelik.
Kalau dia buang sampah merata-rata, kita diam, dia ingat buat gitu ok jer. Lama kelamaan perbuatan itu membentuk sikap dan budaya pengotor.
Kalau dia buang sampah merata-rata, kita kutip, kita pula hantar mesej salah. Dia akan faham mesej seperti ini: "xpe, nanti saya kutip".
Itu sebab dasar penguruan sampah sekarang di kebanyakan komuniti pangsapuri gagal bentuk sikap cintakan kebersihan sebab warga komuniti tahu dia buang nanti ada pihak yang kutip.
Jika dia buang sampah merata-rata, yg kutip tiaw kaw-kaw melalui pelbagai saluran komunikasi, lama kelamaan tabiatnya akan berubah. Lagi ramai yg tiaw kaw-kaw, lagi cepatlah sikap itu berubah. Tiada satu manusia yg mahu kelihatan buruk di mata orang lain. Ini di panggil -ve reinforcement.
Dalam pada itu, tidaklah bijak bagi penguasa pengurusan sampah membenarkan pekerja-pekerja mereka melonggok pada tempat-tempat yang boleh mencemar persekitaran. Jika dibenarkan, sesungguhnya pihak penguasa pengurusan sampah telah menzahirkan teladan untuk diikuti. Jangan pula penguasa pengurusan sampah kata warga komuniti 'buta huruf'.
Jika sikap itu sudah berubah walau pun sedikit, kita puji. Manusia seronok di puji. Pujian itu mendorong pelaku ulangi gelagat baik dengan membuang sampah secara terurus dan tidak bersepah merata-rata. Ini di panggil +ve reinforcement.
Yang tentukan kawasan bersih bukanlah bayaran caj ikut bil, tapi perubahan sikap pengotor kepada sikap cintakan kebersihan. Langkah inilah yang penguasa pengurusan sampah perlu buat.
Mengajak bayar caj itu mudah seperti menyebut ABC. Mengajak orang berhenti buang sampah merata-rata itu jauh lebih sukar dan perlu kepada keberanian, kesabaran dan iltizam yg kuat untuk mengajak orang lain berubah.
Wasallam.

Comments
Post a Comment