Peranan Persatuan Penduduk, PPN12156 dan MBSA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt
dan salam sejahtera kepada residen Komuniti Rajawali sekalian.


Ramai residen Pangsapuri PKNS Seksyen 6 tidak tahu bahawa Persatuan Penduduk telah wujud sejak tahun 80an lagi. Persatuan inilah yang memperjuangkan isu-isu pemilik rumah dan kemasyarakatan dengan badan-badan kerajaan seperti MBSA, PKNS dan badan-badan kerajaan yang lain.

Amanah ini kini dipikul oleh ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Seksyen 6, Shah Alam (PPS6SA).

Bagi Komuniti Rajawali, tanggungjawab ini digalas oleh Encik Ismail Abd Hamid selaku AJK PPS6SA mewakili Zon Pangsapuri Rajawali. Beliau telah dilantik semula dalam mesyuarat agong PPS6SA pada akhir April, 2019 baru-baru ini.

Sejak tahun 80an lagi, PKNS bertanggungjawab tentang pengurusan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan pangsapuri yang PKNS bina. Perkhidmatan PKNS adalah sebagai "service provider" kepada pemilik/penyewa pangsapuri.



Tugas "service provider" ini telah diambilalih oleh Perbadanan Pengurusan (JMB) yang ditubuhkan melalui Mesyuarat Agung Tahunan pada Disember, 2017.

Bagi Pangsapuri Rajawali, tugas yang dahulunya digalas PKNS kini dipikul oleh Perbadanan Pengurusan PN12156. Pengerusinya ialah Tuan Haji Esmail Malek.

MBSA pula bertanggungjawsb mengutip sampah pepejal secara berjadual. Tanggungjawab ini masih kekal hingga sekarang.

Jelaslah, bahawa sistem pentadbiran di Perumahan Rajawali melibatkan 3 entiti, seperti berikut:

(1) Persatuan Penduduk dengan wakil yg dilantik bagi setiap zon yang telah dikenalpasti oleh PPS6SA. Entiti ini memperjuangkan hak pemilik, penduduk dan isu-isu kemasyarakatan. Entiti ini didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

(2) Perbadanan Pengurusan (PN12156) yg bertindak sebagai "service provider" mengenai pengurusan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan Pangsapuri Rajawali. Isu-isu kemasyarakatan bukan bidang kuasa PPN. Entiti ini berdaftar dengan Pesuruhjaya Bangunan.

(3) Majlis Bandaraya Shah Alam (dahulunya Lembaga Bandarsn Shah Alam) bertanggungjawab memungut sampah di Pangsapuri Rajawali secara berjadual. Entiti ini diberi kuasa oleh Kementerian Perumahan dan Kerajasn Tempatan.

Adalah diharapkan pencerahan ini dapat merungkai kekusutan mengenai peranan ke tiga-tiga entiti ini.

Sekian.

Wasallam.


Comments

Popular posts from this blog

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Berita Bergambar "Plogging" Bersama Residen Komuniti Rajawali.