Hidup biar memberi manfaat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt
dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali.

Pada 30 Jun, 2019 AJK Bertindak Komuniti Rajawali telah ber"plogging" di Blok 3 dan kami telah dapati beberapa bungkusan berisi botol plastik dilonggok dihadapan sebuah rumah di blok berkenaan.

Pada 4 Julai, bungkusan botol plastik bertambah seperti dalam gambar di bawah.



Pada awalnya kami berfikir bahawa botol-botol tersebut diletak di situ sementara hendak dihantar ke pusat kitaran semula. Jadi, kami berilah "benefit of doubt".

Pagi ini, 13 Julai, 2019, sekali lagi kami rakam gambar dan kami dapati bilangan bungkusan makin bertambah dari sebelumnya.

Apa pun, pagi tadi kami sudah "clearkan" sampah berkenaan semasa program ber"plogging" bersama residen Komuniti Rajawali. Terima kasih banyak-banyak kepada seluruh peserta yang mengambil bahagian.





Persoalan yang timbul di minda kami:

(1) Apakah residen di situ tiada rasa hormat kepada Pengerusi dan Bendahari PPN 12156, sedangkan rumah mereka hanya beberapa meter sahaja dari longgokan botol-botol yang dibiarkan di situ hampir 2 minggu.?

(2) Adahkah longgokan itu memang bertujuan memberi contoh akhlak yang diingini di blok berkenaan agar satu hari nanti ia jadi budaya?

Apa pun alasan mereka, kami berharap tiadalah sesiapa dari kalangan residen yg akan berdoa seperti di bawah.




Hidup biarlah memberi manfaat kepada orang lain. Jika tidak dapat membantu bersihkan kawasan perumahan, berhentilah dari membuang sampah merata dan buanglah sampah kalian di tong-tong sampah yang disediakan oleh pihak pemaju.

Akhir kata, permudahkanlah urusan orang lain, agar Allah permudahkan urusan kalian.

Sekian.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.