Jaringan JK Bertindak Komuniti Rajawali

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt
dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali.

Di bawah ini adalah tangkap layar (screenshots) dari whatsApp Grup Pembersihan Seksyen 6.



Kalian akan dapat kesan bahawa sekitar pukul 1.25 ptg. 9 Julai, 2019, seorang AJK Bertindak menerima maklumbalas mengenai sekeping cermin yang dibuang di pangkal sebuah pokok di hujung blok 5 bersetentang dengan sekolah.

Seterusnya perkara ini dilaporkan melalui Grup WhatsApp Pembersihan Kawasan Seksyen 6 untuk tindakan pegawai MBSA yang turut serta dalam grup tersebut. 

Tindakan diambil segera kerana dikhuatiri ada murid yang cedera.

Sekitar pukul 3.35 ptg, pihak MBSA memaklumkan kaca kaca cermin tersebut telah di "clear" kan. Terima kasih banyak banyak kepada pegawai yg menjaga dan team.

Jutaan terima kasih juga dengan sikap perihatin Puan Najihah Aris dari Blok 4, Pangsapuri Rajawali yg menghubungi Encik Ismail Hamid, selaku Pengerusi JK Bertindak Komuniti Rajawali.

Inilah bentuk jaringan (networking) oleh pihak JK Bertindak Komuniti Rajawali demi mencapai matlamat menjadikan Komuniti Rajawali sebuah tempat bersih, indah dan sejahteta.

Lain lain AJK yang berada dalam jaringan Grup ini adalah seperti di tangkap layar berikut.


Dalan era digital, jaringan antara entiti masyarakat dan OGA (other government sgencies) adalah penting untuk memastikan sistem penyampaian (delivery system) yg berkesan.

Sekian.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawalli.

Penubuhan dan Matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali

Berita Bergambar "Plogging" Bersama Residen Komuniti Rajawali.