Kawasan Gerai Di Blok 5 Depan Sekolah Sudah Bersih
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt
dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali.
Berikut adalah 2 wajah persekitaran gerai gerai di Blok 5 Pangsapuri Rajawali yang berhadapan dengan sekolah sebelum dan selepas gerak kerja "plogging" oleh AJK Bertindak Komuniti Rajawali pada sebelah pagi 10 Julai, 2019.
Sebelum Plogging
Selepas Plogging
Lihatlah betapa nyamannya mata memandang bila kawasan gerai gerai itu bersih.
Kita harapkan residen berhampiran Blok 5 dan peniaga-peniaga warung dapat terus menjaga kebersihan tempat itu.
Syabas kepada AJK Bertindak Komuniti Rajawali yang konsisten dgn aktiviti "plogging" setiap pagi. Semuga Allah rahmati kerja kalian.
Disamping ber"plogging" setiap pagi oleh AJK yang berkelapangan, AJK Bertindak juga sedang mengatur kempen menjaga kebersihan dengan mendekati ibu bapa yg menghantar dan mengambil anak-anak mereka pergi/balik sekolah agar dapat menasihati anak-anak mereka supaya jangan membuang sampah merata-rata.
Semuga usaha-usaha yang dijalankan berhasil.
JOM KITA SAMA-SAMA JAGA KEBERSIHAN KOMUNITI RAJAWALI.
Wassalam.


Comments
Post a Comment