Perlunya "Co-existence" antara PPN12156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Khamis 4 Julai, 2019 semasa kami ber'plogging' sekitar blok 4 dan 3 pada pukul 10.30 pagi, saya bertembung dengan Tuan Haji Esmail Malek, Pengerusi Perbadanan Pengurusan PPN12156.
Kami saling bersalaman dan bertanya khabar. Saya bertanyakan tentang surat yang saya telah hantar pada 21 Jun, 2019 dan susulan panggilan telefon. Beliau memaklumkan beliau perlu sedikit masa lagi kerana kesihatannya yang sedikit terganggu. Semuga Allah kurniakan beliau kesihatan.
Saya juga memaklumkan tentang penubuhan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali yang bernaung di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 6 (PPS6SA) dan matlamat penubuhannya. Jawatankuasa Bertindak ini dipimpin oleh Encik Ismail Hamid, seorang AJK PPS6SA bagi Zon Komuniti Rajawali. Gerak kerja seperti "plogging" sudah pun di mulakan.
Kami berbual berhampiran lokasi yang dulunya penuh sampah pukal dan sampah dibuang merata-rata. Beliau menyaksikan sendiri perubahan. Hari itu hari ke 5 tempat itu bebas sampah. Haji Esmail maklum tentang perubahsn yang ketara itu.
Beliau memaklumkan tentang beberapa kekangan yangg dihadapi dan saya meyakinkan penubuhan Jawatankuasa Bertindak dapat mangatasi kekangan-kekangan yang dihadapi.
Kepada soalan beliau berkaitan pertembungan tanggungjawab di Komuniti Rajawali antara PPN22156 dan Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali, saya jelaskan tentang perlunya kedua-dua badan "co-exist" demi kemasylahatan Komuniti Rajawali.
Beberapa usul lain yang dikongsikan, antaranya:
(1) bagaimana mengurus sampah pukal tanpa residen perlu longgok dan kotori kawasan sekaligus, menjimatkan kos angkut sampah pukal yg kini libatkan "double handling".
(2) bagaimana melupus sampah daun dan kebun setiap hari,
(3) bagaimana selepas "co-existence"terjalin, PPN boleh tumpu kepada pengurusan dan penyelengaraan bangunan pula,
(4) bagaimana PPN dan Jawatankuasa Bertindak boleh bersama-sama menanam kesedaran cintakan kebersihan dikalangan residen Komuniti Rajawali.
(5) dan beberapa cadangan lain yg tidak perlu saya sebut di sini.
Tuan Haji Esmail menyambut baik cadangan cadangan yang diberikan. Beliau memaklum perlu berbincang dengan AJK beliau dan minta saya jelaskan cadangan-cadangan yang diberikan. Saya bersetuju.
Saya maklumkan kepada beliau untuk tidak mengambil terlalu banyak masa kerana yang baik perlu disegerakan. Saya juga maklumkan langkah yang saya ambil dengan agensi-agensi kerajaan tempatan agar matlamat Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali dapat dicapai.
Bola sekarang sudah berada di gelanggang PPN12156. Terpulanglah kepada Tuan Haji Esmail dan barisan pengurusannya menerima atau sebaliknya cadangan-cadangan demikian.
In sya Alllah Jawatankuasa Bertindak akan terus mara demi kemasylahatan residen Komuniti Rajawali.
Wassalam.


Comments
Post a Comment