Posts

Ada Peluang Dalam Setiap Komplen/Masalah

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. Salam sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Semuga kita sama2 dilindung Allah sentiasa. 2. Hari ini izinkan kami (AJK Bertindak) sentuh sedikit mengenai tajuk di atas: Ada Peluang Dalam Setiap Komplen/Masalah.  3. Tulisan ini tertumpu kepada komplen mengenai tahap penyelenggaraan "chambers" kumbahah yang terletak di laluan masuk di ground floor di setiap blok pangsapuri Rajawali, dan kami cuba menelusuri apakah peluang yg ada. 4. Komplen ialah rungutan, aduan, rasa tidak puas hati terhadap sesuatu tahap penyelenggaraan yg di beri oleh pihak penguasa bangunan terhadap unit yang mengalami masalah. 5. Contohnya, A mempunyai 1 unit di tingkat bawah di salah satu blok di Pangsapuri Jalan Rajawali. A mengalami limpahan air kumbahan yg memasukki unitnya. A membuat aduan rasmi kepada pihak penguasa bangunan. Inilah contoh aduan atau komplen. 6. Setelah membuat aduan rasmi, pihak penguasa bangunan mend

Hazardous Material di Blok 8: Tuan punya izin lupuskan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian. Dua hari lepas, ketika berplogging di salah sebuah unit di Blok 8 Pangsapuri Jalan Rajawali Seksyen 6, anggota AJK Bertindak telah menjumpai sebuah tong drum tidak berpenutup dan kandungannya terdedah. Drum tersebut berisi 3/4 penuh minyak pelincir motor (motor lubricating oil) berjenama Total. Carian di google mengklasifikasikan minyak pelincir ini  sebagai hazardous materials dan berbahaya kepada penduduk dan persekitaran jika pencemaran berlaku. Drum tersebut juga membawa label syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd. Syarikat berkenaan telah dihubungi bagi mengenalpasti kaitan syarikat dengan drum ini dan kemungkinan terkait jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. 2 orang pegawai Jalur Cahaya, Encik Mohd Akhir dan Encik Zulkarnain, menjelaskan label tersebut adalah bagi kenderaan mereka yang terlibat dengan projek Syabas di tempat lain.

Kebersihan Pangsapuri Rajawali: Dulu Mustahil, Hari Ini Kenyataan.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله الرحيم dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian. Hampir 2 tahun, sejak mengambil alih tanggungjawab pengurusan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan dari pihak pemaju, 3 tempat di kawasan Pangsapuri Rajawali Seksyen 6, dijadikan tempat longgokan sampah kebun dan sampah pukal oleh pekerja PPN 12156 (aka JMB).  Pekerja itu memberitahu melonggok sampah di situ atas kebenaran PPN 12156 .  Tempat tempat itu adalah seperti berikut: (1) kawasan sebelah kiri Blok 5,  (2) kawasan tanah di sebelah kiri Blok 8, dan  (3) kawasan di bawah pokok di belakang Blok 3. Mengikut pemerhatian kami, kawasan kawasan ini kotor berlonggok sampah sarap purata hampir 25 hari dalam sebulan. Keadan demikian sungguh menganggu pemandangan residen. Selasa 16 Julai, 2019 genap sebulan kawasan di sebelah kiri Blok 5 dan kawasan di sebelah kiri Blok 8 bebas sampah.  Manakala di Blok 3, semalam adalah h

Benarkah anda mencintai Allah?

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali sekalian. Allah mencintai orang banyak bertaubat dan mensucikan diri. Begitulah firman Allah dalam Al Quran seperti berikut: Surah Al-Baqara, Ayat 222:  إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. Dalam bahasa mudah, Allah ajak kita jadi orang yang banyak menginsafi kesilapan dan jadi orang pembersih. Selain itu Allah jadikan manusia sebaik-baik kejadian seperti firmannya: Surah At-Tin, Ayat 4: لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Jom selami sedikit sifat anda dalam hidup seharian. Ini adalah gambar tilam buruk lagi kotor yang dibuang residen di tangga hujung Blok 3 (bers

Berita Bergambar "Plogging" Bersama Residen Komuniti Rajawali.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Hari ini membuka lembaran baru dalam dairi Jawatankuasa Bertindak Komuniti Rajawali bila seramai 25 orang residen menyertai gerak kerja "Plogging bersama Residen". Syabas kepada semua residen yang hadir menjayakan gerak kerja yang bermula pada jam 9.00 pagi. Gambar peserta yang turut serta gerak kerja "Plogging Bersama Residen Komuniti Rajawali.", berkumpul di Blok 4 sebelum memulakan plogging. Beramah mesera dengan peserta plogging. Kehadiran mantan AJK Perbadanan Pengurusan PPN 12156 sessi 2017/2018, Puan Hajjah Nyatom (Mak Tom) memberi suntikan semangat kepada para peserta plogging. Terima kasih banyak banyak Puan Hajjah Nyatom kerana hadir memberi sokongan moral. Peserta berplogging sekitar Blok 3 Persekitaran Blok 3 semakin bersih. Mudah mudah

Hidup biar memberi manfaat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Pada 30 Jun, 2019 AJK Bertindak Komuniti Rajawali telah ber"plogging" di Blok 3 dan kami telah dapati beberapa bungkusan berisi botol plastik dilonggok dihadapan sebuah rumah di blok berkenaan. Pada 4 Julai, bungkusan botol plastik bertambah seperti dalam gambar di bawah. Pada awalnya kami berfikir bahawa botol-botol tersebut diletak di situ sementara hendak dihantar ke pusat kitaran semula. Jadi, kami berilah "benefit of doubt". Pagi ini, 13 Julai, 2019, sekali lagi kami rakam gambar dan kami dapati bilangan bungkusan makin bertambah dari sebelumnya. Apa pun, pagi tadi kami sudah "clearkan" sampah berkenaan semasa program ber"plogging" bersama residen Komuniti Rajawali. Terima kasih banyak-banyak kepada seluruh peserta yang mengambil bahagian. Persoalan yang timbul di minda kami: (1) Apakah reside

Bagaimana Pemimpin Membentuk Budaya.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada seluruh residen Komuniti Rajawali. Kita ada 3 entiti yg terlibat dalam sistem penyampaian di Komuniti Rajawali iaitu: (1) JK Bertindak Komuniti Rajawali (yang bernaung di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 6, Shah Alam) yang menjaga kepenting penduduk dan masyarakat. (2) PPN 12156 (aka JMB) yang menjaga kepentingan pemilik rumah Pangsapuri Rajawali. (3) MBSA yang memberi perkhidmatan kutipan sampah domestik secara berjadual. Ketiga-tiga entiti ini mempunyai anggota dan setiap anggota mempunyai gelagat dan nilai masing-masing. Bagi setiap entiti gelagat dan nilai anggota entiti itu secara kolektif membentuk gelagat dan nilai entiti mereka. Lama kelamaan, gelagat dan nilai berkenaan menjadi budaya sesebuah entiti. Gaya kepimpinan banyak mempengaruhi budaya sesebuah entiti. Gambarajah berikut memaparkan bagaimana pemimpin boleh mempengaruhi budaya entiti mereka sekaligus memberi impak terhadap prestasi e